PROGRAM ANGKASAWAN MALAYSIA

Umum saat akhir

ekslusif program angkasawan negara


Umum saat akhir

Oleh Kamarulzaman Pid

PUTRAJAYA: Angkasawan pertama negara hanya akan ditentukan pada saat-saat terakhir sebelum pelancaran Soyuz 15-S, roket yang akan membawa angkasawan negara ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS), pada 10 Oktober depan.

Kedua-dua calon angkasawan negara iaitu Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan Kapten Dr Faiz Khaleed, lulus dengan cemerlang dan layak mewakili Malaysia bagi misi pertama negara ke angkasa lepas .

pixPerdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata kerajaan amat berbangga dengan pengiktirafan yang dilakukan Lembaga Penetapan Kru agensi angkasa lepas Rusia, Roscosmos, ke atas kedua-dua calon angkasawan negara itu.

“Ini bermakna, negara dapat melahirkan dua anak Malaysia yang boleh mengikuti misi ke angkasa lepas bila-bila masa diperlukan serta diberi pengiktirafan oleh badanlatihan angkasawan antarabangsa.

“Bagi pihak kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia, saya ucapkan selamat maju jaya
dan berdoa agar misi ini akan berjalan sebagaimana dirancangkan dengan selamat dan jayanya , ” katanya ketika membuat pengumuman itu yang disiarkan secara langsung dari Jabatan Perdana Menteri di sini, semalam.

Hadir sama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis, dan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan, Tun Hanif Omar.

Dr Sheikh Muszaphar Shukor diletakkan dalam kumpulan kru pertama bersama-sama Yuri Malechenko dari Russia dan Peggy
Whitson dari Amerika Syarikat, manakala Dr Faiz dalam kumpulan kru kedua bersama Sharizan Sharipov dari Russia dan Michael Fincke dari Amerika.

Mereka akan berada di Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan, mulai 28 September ini bagi menjalani latihan tera khir.

Dr Sheikh Muszaphar, 35, adalah bekas pegawai perubatan Hospital Universiti
Kebangsaan Malaysia (HUKM), manakala Dr Faiz, 26, pula doktor gigi yang pernah berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia(ATM) .

Mereka dipilih daripada 11,275 calon yang memohon apabila program itu diperkenalkan pada 2003. Kedua-duanya menjalani latihan akhir persiapan, termasuk di Russia selama setahun selepas dipilih untuk saringan akhir pada 4 September 2006.

Misi selama 11 hari sehingga 21 Oktober itu akan mencatat sejarah tersendiri kerana untuk pertama kalinya seorang angkasawan beragama Islam dijangka berpuasa dan menyambut Aidilfitri di angkasa lepas.

Dalam sidang media selepas majlis ringkas itu, Jamaluddin menjelaskan, untuk muncul angkasawan pertama negara adalah sama rata.

“Pemilihan kru pada saat-saat akhir seperti ini adalah perkara biasa kerana apa saja boleh berlaku hingga pada saat pelancaran.

“Malah, Yuri Gagarin (angkasawan pertama) adalah calon nombor dua...begitu juga misi Apollo 13,
(kumpulan kru pertama) tidak boleh pergi kerana (seorang anggota terkena)campak,” katanya.

Dr Jamaludin berkata, pelancaran Soyuz 15-S yang dijadual pada jam 9.21 malam
(waktu Malaysia) 10 Oktober depan akan disiarkan secara langsung menerusi saluran khas Astro dan rangkaian
tempatan lain.

No comments:

Template Design | Elque 2007